Salam sejahtera kepada sesiapa yg mengunjungi blog ini. Kami telah menubuhkan sebuah kumpulan yg diberi gelaran kizo yg membawa maksud kami inspirasi zaman organisasi. Kami adalah pelajar-pelajar SMK Taman Desa Tebrau Johor Bahru yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 pada tahun 2009. Matlamat sebenar penubuhan kizo ini adalah untuk menceritakan dan berkongsi pelbagai kenangan, aktiviti, perasaan & lain-lain sama ada diluar bilik darjah mahupun didalam bilik darjah. Penubuhan kizo ini juga insyaallah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain dikalangan kami. Dengan adanya card crew kizo,kami mengharapkan perhubungan antara kita semua tidak ada masalah untuk saling berhubung dan mencadangkan idea yang baru. kizo juga akan mencatatkan satu perubahan apabila tamat proses pembelajaran kami di SMK Taman Desa Tebrau. Nantikanlah kemajuan kami :)
sekian.
0 comments:
Post a Comment